Friday, November 5, 2010

Oreo Cheese Cake

Alhamdulillah... ya Allah.

dpt lg sy bkongsi resepi hari ini.. ntah ada follower ka x. hahahaha!

Well, utk kek keju ni... resepinya pun sgt simple. kwn2 yg dah cuba buat kek ni komen sedap sb
mcm mkn aiskrim. woahhh hooo... :p


Bahan2 yg diperlukan ialah;


Bahan2 A:

120g Oreo (asingkan creamnya dan blender separuh halus)
120g Mentega

# Cairkan mentega dan gaul bersama oreo sehingga sebati di atas api yg kecil.
Setelah sebati, letakkan adunan ke dalam loyang dan tekap2 sehingga padat.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan2 B:

250g Cream Cheese (saranan - Brand Philadelphia)
250ml whipping cream (saranan - Brand Anchor)
160ml susu low fat (biar kurang kolestrol ya! hehe)
2 biji kuning telur
1 sudu besar jus limau

# Putarkan bahan2 di atas sehingga kembang. masukkan mengikut susunan bahan ya.
kemudian masukkan bahan2 di bawah dan adun sehingga sebati (gaul guna sudu syak ba).

80g Oreo (dipatah2kan sedikit)
Cream Oreo yg telah diasingkan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas bahan B siap diadun, tuangkan bahan B tadi ke atas bahan A yg telah disejukkan.
Simpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

so yummy... Let's eat babe!


pssst: gmbr sekadar hiasan, x sempat snap dah habis dingap. hahaha


See u in the next post!

Wednesday, September 1, 2010

Kek Coklat Kukus


September beb... syukur sy masih lagi di sini
moga hari hari yang mendatang penuh dengan semangat hidup yg kuat
takkan ku mengalah pada kesilapan
walau sepahit mana pun kehidupan
tetap akan ada kebahagiaan

Untuk resepi pertama, sy ingin kongsikan 'Kek Coklat Kukus' yg ntah brapa kali dibuat kerana kelazatan coklat yg x thingga. huuhuuu...

Bahan2nya adalah;

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula kastor
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
1/2 cwn susu pekat
3 biji telur
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
2 st esen vanila
coklat masakan
badam yg dihancurkan

Cara2 utk buat... bhn2 basah disatukan dan begitu jg bhn2 yg kering d tmpt yg berlainan n kemudian disatukan. Setelah sebati bolehlah dikukus selama sejam. So simple...

Inilah hasilnya... :p


Jom makan!


Pesanan hari ini;
sentiasalah kita berbuat baik kepada org lain...
ikhlaskan hati kerana-NYA
hanya DIA yang mengetahui segala-galanya...


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Sunday, August 1, 2010

Aku


Assalamualaikum... wtw

Dalam hidup ini apa yang paling penting adalah kejujuran dan keikhlasan
semuanya kerana-NYA. Syukur alhamdulillah sy masih dapat bernafas di bumi ini
syukur kerana masih dapat merasakan kasih sayang kedua ibu bapa dan keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberikan kenangan terindah dalam hidup... Semoga mereka akan sentiasa bersamaku hingga ke akhir hayat. Amin.


Maaf lah sebab x biasa tulis dlm blog tp mau jgk share serba sedikit psl hobi di waktu lapang... BUAT KEK LA APA LG. hehe

urm... resepi2 ni sy dpt dr web2, buku2 resepi n blog2 yg sempat dilayari akhir2 ni. Maklumlah, sebelum cuti semester bermula, kita kena ada perancangan utk dilakukan..
btl x? =)


kek2 yg sy buat pun hanya utk santapan famili di masa 'hi-tea' dan waktu2 boring. :p

Semoga ada yg sudi komen resepi2 tu untuk tujuan penambahbaikan. Segala nasihat dan idea mskn amatlah dialu2kan.

Thanks!