Friday, February 10, 2012

Marah? Sabar k...



Bila anda ada perasaan marah, cepat2 lah pujuk hati untuk bersabar. Fikirkan yang anda sedang diuji olehNYA, serahkan segala2nya kpdNYA. Hanya DIA yang berhak utk marah kerana apa pun perasaan yang kita ada sebenarnya dengan kehendakNYA. Mohon lah dipinjamkan sifat sabar dariNYA untuk melalui ujian tersebut, banyakkan selawat ke atas nabi dan sebutlah ia (ALLAH) di dalam hati. Cara lain adalah dengan menjauhkan diri dengan perkara2 yang berkait dengan marah td. Berdiam diri, menjauhkan diri drpd org yg kita marah... Kemudian bila bersendiri, carilah diri anda... fikir akan kenapa? pro dan kontra sebab perkara itu berlaku. - Itu yang sy lakukan bila berdepan dengan marah dan alhamdulillah ia berhasil. Walaupun kadang2 rasa marah masih ada tp sy bsyukur sy masih dapat ingat padaNYA dan dilembutkan hati utk memberi kemaafan.


“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286


 ....................................................................................................

Saturday, January 7, 2012

It's 2012 (Kek Durian)



Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2012 y'all...
Azam baru? sepatutnya tukar dgn Niat yg baru! baru betul... ya ka?
Lg la dpt berkat dan rahmat dari yg ESA. In Shaa Allah.

Tahun ni sy final year dah, kurang 6 bulan utk habiskan study.
Akhir2 ni rasanya masa cepat sgt berlalu kan? risau2 risauuu...
Tahun lalu byk memberi pengalaman manis n sedikit pahit,
namun hadapi dengan senyuman.
Semoga tahun ini diberikan kebahagiaan, kelengkapan dalam hidup.
AMEEN.


..........................................................................................................

Jom tgk resepi kek kali ni...

Hari ni sy akan kongsi resepi kek durian yg diberi oleh kwn lama... Bibie Wazanah yg berada nun jauh d saaaana kk.
sangat simple n mantap y'all...


Bahan2 A:

250 g Sponge Mix (Tepung)
250 ml Telur
50 ml Air Masak

# Campurkan kesemua bahan dan putar hingga kembang dan gebu.
# Kemudian campurkan bahan2 B di bawah dan gaul hingga sebati.

Bahan2 B: 

50 ml Minyak Jagung
1 sudu makan Perisa Durian

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# Masukkan adunan ke dlm loyang dan bakar dgn suhu 160' selama 50 mins / sehingga masak.
   [Alaskan loyang dengan kertas gris].
# Selepas masak, keluarkan kek dari loyang untuk mengelakkan kek mendap.
# Biarkan span kek sejuk dalam 10 minit, kemudian hiaskan mengikut citarasa anda.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan2 hiasan:

1/2 sudu makan perisa durian
250 ml whipping cream (Value Pride / Vivo)

# Perisa kek boleh ditukar, terpulang kepada selera anda. :p

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kek Durian sedia untuk diNgap...



Selamat mencuba!