Saturday, January 7, 2012

It's 2012 (Kek Durian)



Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2012 y'all...
Azam baru? sepatutnya tukar dgn Niat yg baru! baru betul... ya ka?
Lg la dpt berkat dan rahmat dari yg ESA. In Shaa Allah.

Tahun ni sy final year dah, kurang 6 bulan utk habiskan study.
Akhir2 ni rasanya masa cepat sgt berlalu kan? risau2 risauuu...
Tahun lalu byk memberi pengalaman manis n sedikit pahit,
namun hadapi dengan senyuman.
Semoga tahun ini diberikan kebahagiaan, kelengkapan dalam hidup.
AMEEN.


..........................................................................................................

Jom tgk resepi kek kali ni...

Hari ni sy akan kongsi resepi kek durian yg diberi oleh kwn lama... Bibie Wazanah yg berada nun jauh d saaaana kk.
sangat simple n mantap y'all...


Bahan2 A:

250 g Sponge Mix (Tepung)
250 ml Telur
50 ml Air Masak

# Campurkan kesemua bahan dan putar hingga kembang dan gebu.
# Kemudian campurkan bahan2 B di bawah dan gaul hingga sebati.

Bahan2 B: 

50 ml Minyak Jagung
1 sudu makan Perisa Durian

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# Masukkan adunan ke dlm loyang dan bakar dgn suhu 160' selama 50 mins / sehingga masak.
   [Alaskan loyang dengan kertas gris].
# Selepas masak, keluarkan kek dari loyang untuk mengelakkan kek mendap.
# Biarkan span kek sejuk dalam 10 minit, kemudian hiaskan mengikut citarasa anda.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan2 hiasan:

1/2 sudu makan perisa durian
250 ml whipping cream (Value Pride / Vivo)

# Perisa kek boleh ditukar, terpulang kepada selera anda. :p

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kek Durian sedia untuk diNgap...



Selamat mencuba!